>

Monday, January 16, 2012

TULANG RUSUK YANG PATAH

“siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?” Tanya dara.
“sudah pasti kamu!” balas jejaka.
“pada pandangan kamu , aku ini siapa?” Tanya dara lagi.

Jejaka diam sejenak , berfikir , lalu menatap dara dengan tenang dan berkata , “kamu adalah tulang rusukku! Ada tertulis , Tuhan melihat Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang saat menemukan wanita untuknya , dia tidak lagi merasa sakit di hati”

Meraka kemudian bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu , pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukkan masing2 dan kepenatan hidup yang kian mendera. Hidup mereka menjadi bosan . Kenyataan hidup yang kejam membuatkan mereka menyisihkan impian cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar  dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas . pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak “kamu tak cintakan aku lagi?!”

Jejaka sangat membenci ketidakdesawaan dara dan secara spontan membalas “aku juga menyesal menikahi kamu! Dan ternyata kamu bukan tulang rusukku!”

Dara terkedu , berdiri kaku . Matanya basah . Dia menatap jejaka , seakan tak percaya dengan apa yang didengarnya tadi. Jejaka mula menyesal dengan apa yang sudah diucapkan . Tetapi seperti air yang telah tumpah , ucapan itu tidak mungkin dapat ditarik balik . Dengan linangan air mata , Dara mengemas barang-barangnya , bertekad untuk berpisah .

“jika aku bukan tulang rusukmu , aku akan pergi!Biar kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”

Lima tahun berlalu…….

Jejaka tidak menikah lagi  tetapi terus berusaha mencari khabar tentang kehidupan Dara . Khabarnya dara pernah menikah dengan seseorang selepas itu , tetapi malang jodohnya tidak panjang juga.

Satu malam yang sunyi , saat jejaka menghirup kopi panas , dia merasakan sakit dibahagian dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindu Dara. Ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja.

“kamu apa khabar?” Tanya jejaka
“baik-baik saja. Hmmm , apakah kamu sudah menemui rusukmu yang hilang?” Tanya Dara spontan.
“belum” jawan jejaka sepatah
“aku akan keluar Negara esok . Mungkin akan pulang dua minggu lagi” beritahu Dara.
“telefon aku klau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita bukan? Masih tidak berubah dab tak akan ada yang berubah.” Kata jejaka.

Dara tersenyum kemudian berlalu pergi.
Seminggu kemudian , jejaka mendengar khabar bahawa Dara mengalami kemelangan dan meninggal dunia.

Malam itu , sekali lagi , jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasakan sakit didanya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara-tulang rusukya sendiri , yang dengan bodohnya telah dia patahkan



Hawa diciptakan dari rusuk Adam bukan dari kaki untuk dialasi, bukan dari kepala untuk dijunjung tetapi dekat di hati untuk dikasihi dan dekat di bahu untuk dilindung







credited : cicinta

4 comments:

yo soy lindo said...

wahhh..ni lah yg org2 sllu sebut..tlajak perahu boleh diundur tlajak kata buruk padahnye..siannye..

dila.azie said...

Nice story (:

Puan Besar Shag Yahaya said...

Sedihnya cerita ni. Bila lah Shag nak jumpa tuan punya rusuk ni ? UHuk ;'(

Noraim said...

Allah,mintak jauh semuanya nti bila dah nikah.