>

Sunday, October 28, 2012

TUAH






Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu. Kerana kaki aku bukanlah kaki ayam , so aku tak tahu samada aku ni bertuah ataupun ‘bertuah punya budak!’. Kadangkala aku rasakan aku ni sedikit tamak. Boleh dikatakan semua jawatan kosong yang berkaitan dgn kelulusan aku, semua aku mohon. Telefon bimbit aku juga sekarang sibuk dengan panggilan temuduga. Walaupun kini aku sudah ada pekerjaan, tapi aku pulun juga pergi semua interview yang aku dapat. suka-suka tengok mana company yang boleh bagi peluang lagi baik. tapi tamak aku bukan tamak selfish okey! Aku pas juga info jawatan kosong kat kawan-kawan aku yang lain. Buat ape nak kedekut kan. Nanti org doakan aku dapat jodoh dengan haji bakhil, padanlah muka aku. Macam ni lah rupa jemputan kad kahweng aku dgn haji nanti. Owh tidak!




1 comment:

Diana Azis said...

Erk..tak yah la kawin dgn Hj Bakhil..sian muny nnti..Oh Tidak!!!