>

Tuesday, November 06, 2012

Tips 1 : Selesema + Sakit tekak


Cuaca di Malaysia yang ku cintai skrg ni mmg susah nak diramal. Ku sangka hujan sampai ke petang, rupanya panas terik ditengah hari *Aku suka hujan time pagi-pagi. Syok tarik selimut sampai ke tengah hari. Korang pon sama kan!*

So hari ni aku nak share dua tips kat korang.

Yang pertama: cara menghilangkan sakit tekak.
Sakit tekak ni ada dua. Satu , korang rasa perit dan kering kat bahagian tekak.walaupun berlori-lori air korang minum tapi still akan rasa kering. Kedua, rasa gatal-gatal kat bahagian tekak. Rasa cam nak garu-garu dgn berus je anak tekak tuh! Cara mudah dan jimat nak hilangkan masalah ni, korang try gargle guna Listerine . Faham?? Err macam mana nak explain ekh! Ok macam ni, korang kumur-kumur sampai ke anak tekak korang. Listerine tu ada effect anti-bacterial. Siyes! Aku dah try cara ni. Dan Alhamdulillah lps ulang dua tiga kali, sakit tekak pun hilang. Cara ni berkesan kat aku, tapi kalau tak berkesan kat korang mungkin tekak aku ni jenis alien kot.


Yang kedua: Ubat Selesama yang bagus.
Kalau korang perasan, ubat selesema berlambak jenis. Ada yang mahal dan ada yang murah. Kat sini aku nak suggestkan kalau ubat selesema korang try ambik Loratadine 10mg. ubat selesama ni banyak ketegori. Loratadine ni di klasifikasikan sebagai non-sedating effect atau dalam bahasa simplenya tiada effek mengantuk kalau korang makan ubat ni.

Nah ni kelebihan loratadine:
1.tidak menyebabkan mengantuk
2.dose dia once daily, so korang makan sekali je dalam sehari. Ubat selesema yang lain ada yang kena ambik three times daily.
3.bagus jugak untuk masalah kulit macam ruam,gatal-gatal.
*maximum dose untuk Loratadine adalah 10mg per day. So jangan ngada makan lebih dari 10 mg sehari. Kalau tak, rasakanlah azab kesan sampingannya.

Setel! Jom sihat bersama. Korang jangan risau, aku tak dapat komisyen pun promote produk Listerine dan Loratadine. Hehehe. Sharing is caring.

No comments: