>

Thursday, January 31, 2013

PENGHUJUNG JANUARI


“Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya yang berputus asa itu adalah mereka yang kafir” - Surah Yusuf ayat 87.





Subhanallah.
Al Rahman. Al muhaimin. Al Alim.

dipenghujung malam bulan januari.
entah kenapa mata terasa berat untuk menampung air mata
hati. entah kenapa terasa dipagut sendu sendiri.
mengenangkan diri yang menjadi "pengemis masa".
mengenangkan diri yang tak dihargai.
jangan bersedih. Allah tetap ada. Selagi kita ingat Dia.

Wahai Pemilik diriku
aku khabarkan pada-Mu
aku tadahkan tangan menghadap arash-Mu
Kau berkati aku dengan Rahmat-Mu.
Kau redhailah setiap nafasku
Kau temanilah aku ketika kaki berjalan di dunia fana-Mu
sesungguhnya Engkau lagi tahu
Apa yang tersirat di hati.
Engkau lagi tahu.

Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adhaban-nar

No comments: