>

Friday, November 08, 2013

RELAX . RESPECT. RESPON


Assalamualaikum budiz!

Perempuan jangan jadi desperate. ayat yang aku baca dalam satu blog. sungguh! aku setuju dengan ayat tu.
cinta boleh datang bila-bila masa. Belajar hargai diri, belajar hormati hak orang. Jangan jadi perampas lepas tu buat ayat mintak penampar " ini takdir Allah. pertemuan Allah yang aturkan".

seriously tu ayat orang yang akalnya sejengkal, fikirnya dangkal. Beza manusia dengan haiwan apa? Haiwan, Allah kurniakan otak juga. manusia pun sama. tapi darjat kita dimuliakan kerana kita ada satu lagi senjata ampuh iaitu fikiran. Jadi, berfikirlah. Allah akan sentiasa beri kita pilihan. Gunakan akal untuk buat perrimbangan. Jangan tahu bersuara, tapi satu persatu jatuh ke muka. Lagi banyak kita bersuara, lagi banyak Allah uji kita. jadi resmi padi, makin berisi, makin kebumi.

Poligami, memang tak salah. hati perempuan mana yang suka? kamu? aku? Aku lagilah tak semulia itu hatinya untuk rela berkongsi, rela dikhianati. sedangkan Siti Aisyah, isteri Nabi Muhammad S.A.W pun cemburu bila suaminya bernikah lain.

Aisyah Radhiyallahu anha pernah berkata, “Aku tidak pernah cemburu terhadap wanita seperti kecemburuanku terhadap Khadijah, karena Nabi SAW seringkali menyebut namanya.
Suatu hari baginda juga menyebut namanya, lalu aku berkata, “Apa yang engkau lakukan terhadap wanita tua yang merah kedua sudut mulutnya? Padahal Allah telah memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadamu”.

Beliau bersabda, “Demi Allah, Allah tidak memberikan ganti yang lebih baik darinya kepadaku” (Diriwayatkan Bukhari)


No comments: