>

Saturday, January 11, 2014

BUKAN AKU TAK CINTA


Assalamualaikum . wassap budiz!

kita hidup, bertemu orang silih berganti. ada yang kekal menjadi sahabat. ada pula yang menjadi musuh.
konsep sahabat dan kenalan, bagi aku sangat berbeza terutamanya bagi yang berlainan gender.

Aku jenis , bukan yang mudah syok sendiri, jatuh cinta atau minat gila-gila. majoriti perempuan, bila kena layan special sikit dari Adam, mula jatuh cintan. but thank god! Kau tak mencipta perasaan begitu untuk aku.

Aku jenis, bukan yang suka bajet cun ke hape. hakikatnya aku tak cun pun. Tapi bersyukur dengan nikmat keindahan yang Allah bagi. cukup sifat segala. Tapi setiap kali aku berkawan dengan Adam, mesti diorang akan anggap aku lebih dari kawan.

Dan Aku jenis, yang sangat tak boleh blah bila berkawan atas dasar perasaan.

contoh , sesi orientasi bulan lepas untuk staff baru. Aku datang lambat, so terpaksa join group yang semuanya lelaki. Berkenalan, sembang, g lunch sama-sama and setelkan group task sama-sama. seriously, aku enjoy dok dengan mereka. Tapi lama kelamaan, ada seorang Adam dalam kumpulan aku ni, mula menunjukkan simptom-simptom jatuh cinta. Hadoi. siap ajak g mai bowling etc. So aku dah start rasa tak selesa. Tapi aku tolak perlahan-lahan.

Aku jenis, bila aku cakap, aku rela menjadi isteri kamu dan aku cinta kamu sepenuh hati, itulah yang aku pegang sampai mati.





No comments: