>

Monday, August 11, 2014

PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD

Assalamualaikum.
wassap budiz.

okey cerita kali ni, fisrt attempt buat puding roti bakar dengan sos kastard. Recently ni, dah ade hobi memasak. ade tanda orang nak masuk memninag agaknya . ahaha. *berangan*
so how its look like? nah ni dia.



sorry. platting hancus. yang penting menjadi.resepi? nah ni dia.

Bahan A:
roti gardinea (aku guna dalam 6 keping)
susu segar (1 cawan kecik)
1 biji telur
1 teaspoon esen vanila (5ml)
1 sudu mentega yang dah dicairkan
kismis
gula

Bahan B (sos kastard)
1/2 tin susu cair
100ml air
1 sudu tepung kastad
1 teaspoon esen vanila
gula halus


p/s: ratio bahan ni ejas ikut kuantiti serving yang korang buat.

step 1:
masukkan susu segar, telur ayam, esen vanila, gula dan kismis dalam bekas, dan pukul slowly sampai bahan sebati. nak guna mixer pun boleh tapi aku malas. next, carikkan roti dan rendam roti dalam mixture tu tadi , biar sampai roti kembang dan sebati. pastu  tabur sekali lagi kismis kat atas roti yang dah kembang semangkuk.

then panaskan microwave, sementara tu sapukan bekas nak bakar roti tu dengan mentega. tuang roti kembang semangkuk dalam bekas yang dah disapu mentega dan bakar dalam suhu150-180c selama 20-30 minit. adjust sendiri timing, jangan sampai over baked.


step 2:
masukkan susu cair, air, gula tepung kastad dan esen vanila dalam periuk. kacau sampai sebati , lepastu baru panaskan. masak sampai pekat. kepekatan adjust sendiri okey. dah sejuk dia akan bertambah pekat.

p/s: rasa manis tu, korang adjust sendiri. aku tak suka sangat makan manis so gula memang aku letak kedekut punya. dah la ade susu segar, susu cair, kismis lagi. pastu letak gula selori. mau potong kaki??

habis resepi. sesi berjalan sakan beraya dengan member kerja. ronda dari ampang----> shah alam-----> puncak alam------>rawang .





                                      



No comments: