>

Saturday, January 03, 2015

E-DAY 271214 DAN D.I.Y




Assalamualaikum.

tahun 2015 datang, 2014 pergi.
Alhamdulillah! every up and down for the past 2014 will  Be remain as a lesson and motivated for myself to keep strong.

hari ni nak share sikit cerita pasal hari pertunangan aku buat bakal-bakal tunang.

27.12.2014.
okeyh actually , nak handle pasal hal 'tunang' ni , aku dah serabut. then terpikir, time nak uruskan majlis kahwin nanti mau aku stress bagai. tapi tu semua emo saja.

persiapan.

Dulang hantaran:
pihak perempuan : 9 dulang

aku d.i.y bekas hantaran. barang-barang aku beli kat THANK Q kat area seri iskandar perak.
total untuk 9 dulang termasuk bunga bagai rm200.

pihak lelaki : 7 dulang
bekas hantaran, encik tunang sewa je sebab tak sempat nak buat. lagi cantik dan jimat uolss.
aku rasa time kahwin nanti pun aku nak sewa je lah dulang. tak membazir.

hantaran masa tunang tu, kami just bagi manisan sahaja.




baju tunang:
Actually, untuk tunang , aku  beli kain , lace sendiri dan hantar kedai untuk jahit.
kain + lining+ lace =rm150 (6 meter chiffon + 6 meter lining + 2 meter lace)
aku beli time sale kat jakel. ikut kan semeter rm 27. tapi dapat less sampai harga tinggal tulang.

bayangkan. modal kain rm150 + upah jahit baju dan manik rm250 = rm400!
tapi aku tension gila coz lagi seminggu nak tunang aku pegi ambik baju kat kedai jahit, baju tu jadi buruk! cutting tak ada! kain kembang semangkuk. beads tak cantik. stress! stress!

so nak dijadikan konklusi, 2 hari sebelum majlis, aku pegi merayap kat area jalan tar cari baju. baik korang beli siap. lagi tak sakit hati. lagipun upah jahit manik zaman sekarang ni mahal nak mam***s

so baju yang aku pakai time majlis ni lebih kurang rm150.




mini pelamin + mekap :
ambik pakej kasih sayang dari kawan lama merangkap jiran sebelah rumah. harga rahsia. tapi bawah rm300.

mekap pulak , kakak ipar aku yang tolong mekap. FOC! lagipun dia memang freelance make up artis




veil + tudung:
aku pakai tudung bawal kangroo pasar malam. rm5 je weh. aku pi cari tudung dengan encik tunang. dia dah pesan awal-awal jangan nak pakai shawl yang jenis melekat kat dahi. dia tak berkenan. so dia bawa aku cari tudung kat Ariani. mak aih! mahal weh . plain shawl pun rm 100++. I wont wasted money in such way.

veil, pulak d.i.y dari lebihan kain yang aku buat baju. aku buat paras pinggang . labuh sikit.





masa acara sarung cincin, nebes abis! rasa tak nak keluar bilik  time tuh. okeyh setel.
nah belanja sikit gambar.








No comments: