>

Wednesday, February 18, 2015

TIPS 1,2,3 RAWATAN RAMBUT GUGUR



Assalamualaikum korang!

lama dah tak update . penat gila babeng . workload bertabah, working hour kena extend. patient pulak sehari kdg-kdg sampai 700 orang . suka angpa ye datang prince court .. ish ish.

hari ni nak share tips merawat rambut gugur. sebab? sebab rambut aku ni  pun dah gugur mcm orang yang buat chemo. sampai kan satu tahap tu , aku jadi fobia nak mandi basahkan rambut sebab time mandi lah rambut gugur tak ingat! scary


tips 1: vitamin B dan zinc
korang boleh try makan vitamin b atau vitamin zinc. fungsi? dua-dua vitamin ni komponen asas untuk pertumbuhan rambut dan jugak kuku. aku makan? erkk. aku tak amalkan pun . sebab side effect dia boleh naikkan berat badan .

tips 2: masker kuning telur

bahan : kuning telur. depends pada ketebalan rambut. kalau tebal, pakai lah dua biji.
           ;minyak zaitun
           ;air sikit
           :limau nipis . (kalau tak ade, tak payah pun tak pe. aku tak pakai pun )

cara-cara : asingkan putih dan kuning telur dalam satu mangkuk.
                :letak 1 teaspoon (5ml) minyak zaitun
                :letak air dan kacau sampai sebati .
                :sapu kat rambut, rambut tu tak payah basahkan. pastikan bahan-bahan tu terkena kat kulit
                 kepala.
                :lepas tu tutup kepala guna  shower cap. biarkan dalam 30minit-1 jam.
                :kemudian bilas sampai bersih, pakai lah shampoo korang yang wangi . boleh repeat tips
                 seminggu 3 kali kalau rajin . tak rajin seminggu sekali pun dah okay.

kenapa kuning telur? sebab kuning telur tu kaya dengan vitamin B. instead we taking vitamin B orally yang boleh menyebabkan gemuk, lebih baiklah kita apply topically.

Tips 3: biotin tablet.
yang rajin , boleh amalkan biotin tablet. sehari sebijik. suppement ni mahal sikit sebijik nak dekat rm4. satu botol ade seratus biji. so korang darab lah rm4! biotin ni banyak fungsi dia. salah satunya untuk provide 'food' untuk rambut. kat retail tak sure ade jual ke tak . tapi hospital aku ade lah. fungsi biotin lebih lanjut? google lah sendiri ye. malas nak tulis panjang-panjang

so aku sedang amalkan Tips 2 dan Tips 3. memang kurang rambut gugur.

oke done . harap membantu!

No comments: